Saturday , 9 November 2024
Home Perniagaan Permintaan domestik dan luar, pemangkin pertumbuhan ekonomi negara – Pakar
Perniagaan

Permintaan domestik dan luar, pemangkin pertumbuhan ekonomi negara – Pakar

Permintaan domestik dan luar, pemangkin pertumbuhan ekonomi negara – Pakar

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr. Ida Yasin

KUALA LUMPUR, 23 Julai– Permintaan domestik dan luar, pemangkin pertumbuhan ekonomi negara pada suku kedua tahun ini.

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr. Ida Yasin berpendapat Sumbangan Tunai Rahmah yang diberikan kerajaan, merancakkan lagi perbelanjaan dan permintaan barangan serta perkhidmatan.

Prestasi ekonomi domestik dan permintaan luar turut menyokong pertumbuhan positif industri-industri utama.

\”Sektor perkhidmatan diikuti sektor pembuatan, pertanian dan sektor perlombongan dan kuari serta sektor pembinaan. Dalam kelima-lima sektor ini, sektor perkhidmatan adalah yang paling banyak menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).\”

\”Daripada segi pertumbuhan, sektor perkhidmatan bertumbuh sebanyak 5.6 peratus pada suku kedua beranding suku pertama iaitu sebanyak 4.7 peratus,\” kata Dr. Ida kepada pemberita, hari ini secara maya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysiaberkembang 5.8 peratus pada suku kedua2024, meningkat daripada 4.2 peratus pada suku sebelumnya.

Ia merupakan pertumbuhan tertinggi sejak Suku Kedua2022 pada7.4 peratus.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...