Monday , 11 November 2024
Home Perniagaan Perjanjian langganan saham dengan empat pengendali rangkaian mudah alih selesai- DNB
Perniagaan

Perjanjian langganan saham dengan empat pengendali rangkaian mudah alih selesai- DNB

Perjanjian langganan saham dengan empat pengendali rangkaian mudah alih selesai- DNB

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Digital Nasional Bhd (DNB) mengumumkan penyempurnaan perjanjian langganan saham (SSA) dengan empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO).

Empat pengendali tersebut ialah CelcomDigi Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd.

Menerusi kenyataan, DNB berkata, bawah terma SSA itu, empat MNO secara kolektif memperoleh kira-kira 65.1 peratus pegangan ekuiti dalam DNB, dengan setiap satu MNO berkenaan memegang kira-kira 16.3 peratus kepentingan.

Kerajaan Malaysiayang diwakili Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MOF Inc.)mengekalkan kira-kira 34.9 peratus pegangan dan Saham Khas dalam DNB untuk tempoh yang ditetapkan.

Ini berikutan pemenuhan syarat-syarat terdahulu bawah SSA pada 20 Jun, 2024 bagi keempat-empat MNO itu untuk meningkatkan pegangan ekuiti mereka dalam DNB.

Bagi Telekom Malaysia Bhd (TM), tarikhyang mana syarat itu perlu dipenuhi ialah pada 21 Ogos, 2024.

Dengan mengandaikan TM berjaya melengkapkan SSA, pegangan MoF Inc. akan berkurangan kepada 30 peratus, dengan MNO secara kolektif memegang 70 peratus pegangan dalam DNB.

Pada 1 Dis, tahun lepas, DNB dan MoF Inc. memeterai SSA dengan lima MNO, sekali gus membolehkan penyertaan MNO dalam DNB melalui pemilikan ekuiti.

DNB berkata ia kekal fokus dalammenyampaikan rangkaian 5G bertaraf dunia dan memacu penggunaan 5G di seluruh negara bagi merealisasikan aspirasi digital Malaysia.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...