Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Perjanjian Ekonomi Bersih IPEF mampu jana projek infrastruktur bernilai AS$23 bilion
Perniagaan

Perjanjian Ekonomi Bersih IPEF mampu jana projek infrastruktur bernilai AS$23 bilion

Perjanjian Ekonomi Bersih IPEF mampu jana projek infrastruktur bernilai AS bilion

FOTO FB Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Lebih AS$23 bilion potensi projek infrastruktur mampu diraih, menerusi Perjanjian Ekonomi Bersih bawah Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik; IPEF.

Ini termasuk AS$6 bilion projek sedia ada, dibentangkan pada Forum Pelabur Ekonomi Bersih yang berlangsung di Singapura.

IPEF yang diterajui Amerika Syarikat, disertai 14 negara rakan kongsi termasuk Malaysia.

Penyertaan negara pada forum itu diwakili MenteriPelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz yang turut menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri IPEF.

Menurut kenyataan kementeriannya, tiga perjanjian dimeterai pada mesyuarat berkenaan iaitu perjanjian IPEF, Perjanjian Ekonomi Bersih dan Perjanjian Ekonomi Adil.

Sempena Mesyuarat Menteri, Kuala Lumpur mengemukakan instrumen ratifikasi Perjanjian IPEF Berkaitan Daya Tahan Rantaian Bekalan.

Ratifikasiperjanjian itu sebagailangkah penting ke arah mencapai objektif dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama di rantau Indo-Pasifik.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...