Monday , 18 November 2024
Home Perniagaan Perdagangan dua hala Malaysia-Kanada meningkat 25 peratus
Perniagaan

Perdagangan dua hala Malaysia-Kanada meningkat 25 peratus

Perdagangan dua hala Malaysia-Kanada meningkat 25 peratus

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berucap pada Pelancaran Misi Perdagangan Pasukan Kanada, TCTM

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Perdagangan dua hala Malaysia dan Kanada meningkat 25 peratus terutama selepas Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik, CPTPP dikuatkuasakan.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, antara eksport utama dari Kanada termasuk produk elektrik dan elektronik, produk berasaskan getah dan pembuatan logam.

\”Sementara itu, kita mengimport produk termasuk kimia, bijirin serta elektrik dan elektronik dari Kanada. Syukurlah, unjuran tahun ini kelihatan lebih cerah dengan ramalan Pertubuhan Perdagangan Dunia sebanyak 3.3 peratus dalam pertumbuhan perdagangan barangan untuk 2024,\”katanya.

Beliau berucap pada Pelancaran Misi Perdagangan Pasukan Kanada, TCTM.

Malaysia turut berbangga menjadi tuan rumah kepada syarikat Kanada seperti Celestica, Sun Life dan syarikat lain yang berkembang maju di tanah air selama lebih sedekad.

Sebanyak 96 projek pembuatan dengan penyertaan Kanada turut dilaksanakan dengan jumlah keseluruhan pelaburan bernilai AS$274 juta.

Menerusinya projek berkenaan, lebih 11,000 peluang pekerjaan diwujudkan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...