Home Perniagaan Perdagangan borong dan runcit dijangka melonjak didorong kestabilan politik dorong
Perniagaan

Perdagangan borong dan runcit dijangka melonjak didorong kestabilan politik dorong

Perdagangan borong dan runcit dijangka melonjak didorong kestabilan politik dorong

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Perdagangan borong dan runcit negara dijangka terus meningkat pada suku pertama tahun ini.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, selain faktor kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi negara, ia juga didorong peningkatan kuasa beli rakyat melalui pelbagai insentif diberi kerajaan.

\”Melihat kepada faktor ini, saya yakin dan percaya indeks ini akan terus meningkat
sekiranya permintaan domestik terus kukuh terutamanya dalam aktiviti pemborongan dan peruncitan khususnya yg melibatkan barangan keperluan asas.

\”ANGKASA juga yakin sektor pemborongan dan peruncitan menerusi inisiatif projek barangan asas BA100 berupaya untuk membantu kerajaan mendepani cabaran kos sara hidup,\”katanya.

Beliau mengulas laporan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi tahun 2023 yang merekodkan prestasi indeks volum perdagangan borong yang meningkat sebanyak 4.6 peratus .

Manakala indeks volum subsektor perdagangan runcit merekodkan pertumbuhan positif 2.9 peratus .

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...