Wednesday , 25 December 2024
Home Perniagaan Perbelanjaan rakyat sumbang 12.8 peratus pertumbuhan ekonomi negara – Penganalisis ekonomi
Perniagaan

Perbelanjaan rakyat sumbang 12.8 peratus pertumbuhan ekonomi negara – Penganalisis ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 November – Perbelanjaan rakyat dalam negara menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara pada suku ketiga tahun ini, kata penganalisis ekonomi Dr Ida Yassin.

Dr. Ida berkata, ini berikutan peningkatan 12.8 peratus dalam sub-sektor pengangkutan dan penyimpanan dalam sektor perkhidmatan.

\”Kalau kita melihat sub-sektor pengangkutan dan penyimpanan meningkat sebanyak 12.8 peratus.

\”Jadi boleh juga jangkakan perbelanjaan rakyat Malaysia ini menyumbang kepada ekonomi negara berkemungkinan melalui e-dagang,\” katanya kepada RTM.

Tambahnya, ekonomi negara berada pada landasan yang betul dan bertepatan dengan unjuran ekonomi negara tahun ini iaitu mencatatkan empat peratus.

Eksport dan Import dijangka kembali pulih untuk suku seterusnya kerana masing-masing menyusut sebanyak 12 peratus dan 11.1 peratus pada suku ketiga tahun ini.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...