KUALA LUMPUR, 4 November-Perbandingan ringgit-dolar AStidak seharusnya menjadi satu-satunya ukuran dalam menentukan keadaanekonomi, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata adalah tidak adil untuk mana-mana pihakmenentukan keadaan ekonomi negara hanya berdasarkan ukuran tersebut kerana masih terdapat beberapa ukuran lain yang harus diberi perhatian.
Antaranya adalahpertumbuhan ekonomi Malaysia yang diunjurkan pada4-5 peratus tahun depan, unjuran defisit fiskal 4.3 peratus berbanding sasaran5 peratus tahun ini, kadar inflasi yang semakin menurun pada 1.9 peratus, Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dikekalkan pada3 peratus dan kadar pengangguran rendah pada 3.4 peratus,kata Ahmad.
“Inilahukuran sebenarnya.Selain itu pelaburan yang telah diumum separuh tahun ini begitu besar jumlahnya,jadi angka-angka itu menunjukkan ekonomi kita berada di landasan yang kukuh dan ekonomi kita berada pada landasan yang menunjukkan asasnya kukuh.
“Itulah angka ukuran ekonomi dan tidak adil hanya merujuk kepada (perbandingan) dolar ASdengan ringgit sahaja,” katanya kepada pemberitaselepas merasmikan Majlis Anugerah ‘Islamic Distinguished Entrepreneur’ (IDEA Award 2023) anjuran Dewan Perniagaan Muslim Insiders malam tadi.
Sementara itu, Presiden Muslim InsidersProfesor Adam Richman berkata anugerah IDEA Award 2023itu diadakan bertujuan untuk mengiktiraf usaha cemerlang dan memberi penghargaan kepada usahawan Muslim yang telah mencapai tahap keunggulan luar biasa dalam pelbagai sektor ekonomi sertajuga kepada pemilik perniagaan bukan Islam yang mengamalkan ciri-ciri perniagaan mesra Islam di negara ini.
“Kami percaya bahawa usaha-usaha ini tidak hanya memberi manfaat kepada perniagaan mereka, tetapi juga kepada masyarakat dan ekonomi negara.
“Anugerah ini adalah satu langkah penting untuk menyokong pertumbuhan perniagaan komuniti Muslim yang cemerlang dan berdaya saing,” katanya dalam satu kenyataan.- Livevartha