Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Penyertaan Malaysia dalam BRICS wujudkan persekitaran perdagangan seimbang
Perniagaan

Penyertaan Malaysia dalam BRICS wujudkan persekitaran perdagangan seimbang

Penyertaan Malaysia dalam BRICS wujudkan persekitaran perdagangan seimbang

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Datuk Seri N Gobalakrishnan

KUALA LUMPUR, 7 September- Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS membolehkan negara mempelbagaikan diplomasi ekonomi serta mengukuhkan kerjasama melalui inisiatif bersama.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Datuk Seri N Gobalakrishnan berkata, langkah itu merupakan pengaturan bermanfaat yang akan mengiringi era pemindahan teknologi maju.

BRICS adalah pakatan antara kerajaan yang merangkumi Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu.

Keanggotaan Malaysia dalam BRICS akan mewujudkan persekitaran perdagangan yang seimbang dan saksama, menggalakkan infrastruktur kewangan yang adil, yang penting untuk pertumbuhan ekonomi global yang mampan.

Menurutnya, penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia dari 22 hingga 24 Oktober 2024, mencerminkan pendekatan proaktif negara untuk mengukuhkan kerjasama dan dialog antarabangsa.

Penglibatan itu bukan sahaja peluang untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara BRICS malah sebagai platform untuk mempamerkan ketersediaan Malaysia menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan kolektif Global Selatan.

Tambahnya, ketika Malaysia bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan, penglibatan dengan BRICS adalah tepat pada masanya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...