Home Perniagaan Penyasaran subsidi, langkah positif ke arah dasar lebih adil, mampan- Gabenor BNM
Perniagaan

Penyasaran subsidi, langkah positif ke arah dasar lebih adil, mampan- Gabenor BNM

Penyasaran subsidi, langkah positif ke arah dasar lebih adil, mampan- Gabenor BNM

Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berucap pada Simposium Sasana 2024

KUALA LUMPUR, 12 Jun– Peralihan daripada subsidi menyeluruh kepada bersasar termasuk diesel, langkah positif ke arah dasar yang lebih mampan dan saksama.

Jelas Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, dasar negara harus disesuaikan mengikut persekitaran ekonomi yang sentiasa berubah.

\”Pembaharuan, daripada tanggungjawab fiskal kepada jaringan keselamatan sosial yang lebih baik dan daya tahan iklim yang dipertingkatkan, adalah penting untuk pertumbuhan mampan negara kita serta kesejahteraan rakyat,\”katanya.

Berucap pada Simposium Sasana 2024, jelasnya pengalaman dan cabaran terkini memberi kejelasan kepada penggubal dasar, untuk membentuk hala tuju negara.

Sementara itu katanya, program kewangan sosial iTEKAD yang dilancarkan ketika pandemik COVID-19, menunjukkan kemajuan menggalakkan.

Setakat ini, lebih 6,000 perniagaan kecil dan mikro mendapat manfaat daripada iTEKAD, dengan jualan bulanan meningkat hampir 90 peratus.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...