Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Penjimatan daripada penyasaran subsidi diesel, beri ruang fiskal lebih luas kepada kerajaan
Perniagaan

Penjimatan daripada penyasaran subsidi diesel, beri ruang fiskal lebih luas kepada kerajaan

Penjimatan daripada penyasaran subsidi diesel, beri ruang fiskal lebih luas kepada kerajaan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Penjimatan yang dianggarkan sebanyak RM4 billion daripada penyasaran subsidi diesel dijangka memberi ruang fiskal yang lebih luas kepada kerajaan.

Kerajaan dapat berusaha untuk mempertingkat lagi kualiti pelbagai perkhidmatan yang menjadi kepentingan kepada rakyat.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika sesi penerangan bersama editor-editorkanan di Kementerian Kewangan, baru-baru ini berkata, pada tahun 2022, sebanyak RM81 bilion telah digunakan untuk subsidi dan sokongan sosial.

Jumlah tersebut dilihat berkurangan pada tahun lepas iaitu, kurang daripada RM70 billion untuk tujuan yang sama.

Menerusi penjimatan melalui penyasaran subsidi diesel, kerajaan boleh menggunakan dana itu untuk pengurusan negara.

Ini terutamanya bagi menambah baik perkhidmatan yang diperlukan rakyat antaranya infrastruktur seperti jalan raya, sekolah, perkhidmatan dalam sektor kesihatan seperti klinik, ubat dan sebagainya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...