Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Peniaga pasaran getah bingung kerana harga terus naik sejak Disember 2023
Perniagaan

Peniaga pasaran getah bingung kerana harga terus naik sejak Disember 2023

Peniaga pasaran getah bingung kerana harga terus naik sejak Disember 2023

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 2 Mac- Pasaran getah terus membingungkan ramai peniaga dan stokis kerana harga getah berterusan meningkat sejak pertengahan Disember 2023 sehingga kini, kata bekas presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MRGMA), Denis Low.

Beliau memberitahu Bernama bahawa ia agak luar biasa kerana pergerakan harga biasanya akan terhenti seketika apabila monsun berhenti, tetapi sebaliknya harga terus meningkat menjelang musim sejuk ini.

“Beberapa negara pengeluar getah sedang menghadapi cuaca panas dan kering luar biasa. Peralihan keadaan cuaca yang mendadak ini berupaya menjejaskan pengeluaran getah dan boleh menyebabkan daun pokok getah gugur.

“Apabila penoreh getah tidak mampu menanggung cuaca panas di siang hari, ia akan menjejaskan aktiviti menoreh getah dan mengurangkan pengeluaran komoditi ini,” katanya.

Beliau berkata, selagi pasaran terus berhadapan dengan ketidaktentuan geopolitik dan cuaca, pasaran dijangka didagangkan dalam jajaran kecil dengan cenderung untuk menaik.

Pada asas mingguan, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) ditutup rendah 1.0 sen kepada 755.00 sen kilogram pada Jumaat berbanding 756.00 sen pada minggu sebelumnya, manakala susu getah pukal meningkat 17.5 sen kepada 711.00 sen daripada 693.5 sen sebelumnya.

Pada pukul 5.00 petang Jumaat, harga rujukan LGM untuk getah fizikal SMR 20 berada pada 758.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 712.00 sen sekilogram. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...