Home Perniagaan Pengukuhan ringgit perlu ambil kira jangka masa pendek dan panjang
Perniagaan

Pengukuhan ringgit perlu ambil kira jangka masa pendek dan panjang

Pengukuhan ringgit perlu ambil kira jangka masa pendek dan panjang

Rafizi Ramli ketika ditemu ramah dalam satu siaran podcast di saluran Youtube

KUALA LUMPUR, 9 Februari- Usaha pengukuhan ringgit perlu mengambil kira langkah-langkah jangka masa pendek dan panjang kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Bagi tempoh jangka pendek, kerajaan wajar menilai secara objektif kemampanan ekonomi negara dan tidak melatah dengan mengambil jalan singkat.

Untuk jangka masa panjang, usaha menstrukturkan kembali ekonomi ke arah nilai tinggi perlu dipercepatkan seiring dengan langkah kerajaan mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

\”Kita kena tumpu menstrukturkan ekonomi kita supaya tiga, empat tahun akan datang banyak industri-industri dan syarikat-syarikat yang boleh menawarkan potensi pulangan lebih baik.

\”Ini akan menarik minat kepada Malaysia. Lagi banyak menarik minat ke Malaysia, maka lebih banyak wang masuk jadi ringgit akan naik,\” katanya menerusi segmen podcast yang disiarkan di Youtubenya.

Penstrukturan ekonomi ini akan menjadi kayu ukur yang dirujuk pelabur dan pasaran dalam menilai potensi lonjakan ekonomi negara di masa akan datang.

Dengan cara ini, ia memberi keyakinan kepada pelabur dan pedagang ke Malaysia, sekaligus mempertingkatkan permintaan eksport serta mempertingkat pertumbuhan ekonomi negara.

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Insentif cukai bantu syarikat pemula tarik pelaburan

FOTO Livevartha & RTMKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Syarikat pemula khususnya bukan teknologi...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Kaedah khusus bantu belia jamin peluang kerjaya

Khairul Muzammil pada sesi temu bual program Selamat Pagi MalaysiaKUALA LUMPUR, 13...

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...