Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Pengukuhan ringgit, bina kepercayaan pelabur – Pakar
Perniagaan

Pengukuhan ringgit, bina kepercayaan pelabur – Pakar

Pengukuhan ringgit, bina kepercayaan pelabur – Pakar

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff

KUALA LUMPUR, 1 Ogos– Pengukuhan ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika Syarikat menunjukkan ekonomi di rantau Asia semakin mendapat perhatian pelabur di seluruh dunia.

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata ia merupakan pencapaian terbaik Malaysia sejak 11 bulan lepas.

Keputusan Bank of Japan (BOJ) untuk menaikkan kadar faedahnya, antara faktor pendorong lonjakan tersebut.

\”Ia membawa maksud bahawa pelabur yakin bahawa pertumbuhan ekonomi yang lebih positif akan dapat dinikmati di rantau Asia. Akan mula mencari negara yang mampu dan boleh memberi pulangan yang diharapkan oleh mereka dan Malaysia salah satu pilihan mereka,\” kata Dr. Ahmed Razman kepada pemberita RTM secara eksklusif secara maya, hari ini.

Beliau turut menambah, para pelabur juga yakin Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan menurunkan kadar faedahnya pada masa akan datang juga turut menyumbang kepada ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS.

Pada pukul 6.00 petang Isnin semalam, ringgit melonjak 315 mata asas kepada 4.5885/5925 berbanding dolar Amerika daripada 4.6200/6235 ketika ditutup semalam.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...