Home Perniagaan Pengeluaran getah asli meningkat- DOSM
Perniagaan

Pengeluaran getah asli meningkat- DOSM

Pengeluaran getah asli meningkat- DOSM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Pengeluaran getah asli meningkat 0.6 peratus pada Oktober 2023 kepada 32,944 tan metrik berbanding bulan sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran meningkat 3.6 peratus daripada 31,795 tan metrik pada Oktober 2022.

Sektor pekebun kecil menyumbang 84.2 peratus kepada pengeluaran pada Oktober lepas, berbanding sektor estet sebanyak 15.8 peratus.

Jumlah stok getah asli pula susut 0.4 peratus kepada 152,396 tan metrik berbanding September 2023.

Eksport getah asli berjumlah 56,460 tan metrik pada Oktober 2023, menurun satu peratus berbanding bulan sebelumnya.

China kekal destinasi utama eksport, merangkumi 58.9 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Ini diikuti Jerman, Iran, Portugal dan Türkiye.

Prestasi eksport disumbangkan produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar dan tiub.

Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM1 bilion pada Oktober 2023, menurun 2.0 peratus berbanding September 2023.

Related Articles

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal...