Monday , 23 September 2024
Home Perniagaan Pendaftaran PADU meningkat mendadak kepada 7.7 juta – Rafizi
Perniagaan

Pendaftaran PADU meningkat mendadak kepada 7.7 juta – Rafizi

Pendaftaran PADU meningkat mendadak kepada 7.7 juta – Rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli / Livevartha

KUALA LUMPUR, 25 Mac– Pangkalan Data Utama (PADU) menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lepas.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata setakat 11:59 malam pada 24 Mac 2024, bilangan pendaftaran meningkat kepada 7.7 juta daripada 5.4 juta yang direkodkan pada 17 Mac 2024.

Daripada jumlah pendaftaran terkini, katanya kadar pendaftaran dalam kalangan individu berumur 18 tahun ke atas telah mencecah 35.1 peratus.

“Kami optimis bahawa angka ini akan terus meningkat, berpotensi mencapai atau bahkan melebihi 50 peratus menjelang tarikh akhir yang akan datang pada 31 Mac 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai digalakkan untuk tidak menunggu hingga saat akhir untuk mendaftar.

“Dengan tarikh tutup yang semakin hampir, kami menjangka pendaftaran harian akan terus meningkat dengan ketara. Daftar dan kemas kini data anda ke dalam PADU sebelum 31 Mac 2024 untuk mengelak risiko keciciran berterusan,” katanya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...