Home Perniagaan Penanaman semula getah dan sawit kurangkan kebergantungan import
Perniagaan

Penanaman semula getah dan sawit kurangkan kebergantungan import

Penanaman semula getah dan sawit kurangkan kebergantungan import

Foto Hiasan / RTM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos- Kementerian Perladangan dan komoditi (KPK) akan memohon peruntukan tambahan bagi penanaman semula kelapa sawit dan getah menerusi Belanjawan 2025 akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penambahan peruntukan itu adalah perlu bagi penanaman semula pokok kelapa sawit dan getah menggantikan pokok sedia ada.

Ia salah satu inisiatif bagi mengurangkan kebergantungan import getah asli pada masa akan datang.

\”Tanaman semula juga merupakan salah satu inisiatif yang kita buat…yang ini memerlukan modal dan kita akan bawa perkara ini kepada MOF (Kementerian Kewangan) supaya dipertimbangkan kerana kesannya kalau kita dapat usahakan balik, ia akan mengurangkan import.

\”Kerajaan pada masa akan datang akan mendapatkan hasil yang banyak,\” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, KPK menerusi agensinya sedang giat mempromosikan kepada pekebun kecil supaya berdaftar dengan BUDI Agri-Komoditi bagi menikmati sumbangan tunai kerajaan susulan pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel.

Ini kerana setakat ini hanya 18,000 daripada 210,000 pekebun kecil dalam negara yang telah berdaftar dengan BUDI Agri-Komoditi.

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...