KUALA LUMPUR, 24 Januari – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan beberapa siri penambahbaikan strategik produk dan polisi bagi memperkukuh masa depan persaraan serta jaminan pendapatan ahlinya.
Ini antaranya, peningkatan had maksimum insentif caruman padanan Kerajaan untuk i-Saraan daripada RM300 kepada RM500 setahun, bermula 1 Januari lalu.
\”Ini melibatkan warganegara berusia bawah 60 tahun yang berada dalam sektor tidak formal dan mencarum secara sukarela di bawah program i-Saraan.
\”Bagi separuh pertama 2023, sebanyak RM28 juta insentif telah dikreditkan kepada 211,361 ahli di bawah program i-Saraan,\” kata KWSP menerusi kenyataan.
Untuk program i-Suri, insentif caruman padanan sebanyak 50 peratus diberikan ke atas setiap RM1 sumbangan sukarela.
Ini tertakluk kepada had insentif maksimum sebanyak RM300 setahun.
Tahun lalu, sebanyak RM19 juta telah dikreditkan kepada 42,532 ahli di bawah program berkenaan.
\”KWSP turut mengasingkan portfolio Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah yang berkaitan dengan pelaburan patuh syariah secara strategik.
\”Keperluan, membolehkan pulangan setiap portfolio dioptimum dalam jangka masa panjang, dengan alokasi aset strategik tersendiri bagi setiap portfolio,\” kata KWSP.
Sehingga 30 September 2023, aset pelaburan KWSP berjumlah lebih RM1.09 trillion dengan 39 peratus daripada jumlah tersebut merupakan aset Syariah, dan 61 peratus aset konvensional.
Selain itu, KWSP turut menambahbaik platform i-Invest, membolehkan ahli melakukan transaksi melibatkan portfolio mandat persendirian yang diluluska.
Ini sebagai tambahan kepada dana unit amanah yang diluluskan melalui platform i-Invest.