Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Penambahbaikan Pelabuhan Klang, mampu tingkat kemasukan pelabur asing
Perniagaan

Penambahbaikan Pelabuhan Klang, mampu tingkat kemasukan pelabur asing

Penambahbaikan Pelabuhan Klang, mampu tingkat kemasukan pelabur asing

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 6 Februari – Selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu meningkatkan kemasukan pelaburan dari luar, sektor perkapalan tempatan terutamanya Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) perlu ditambah baik.

Antaranya, menaik taraf operasi pelabuhan dan perlu beroperasi 24 jam setiap hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network, Datuk Seri R Jeyenderan berkata Pelabuhan Klang merupakan antara pelabuhan utama negara yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara.

\”Untuk kebaikan semua ejen-ejen perkapalan dan pemilik kapal, penyewa kapal yang akan menggunakan kemudahan pelabuhan, pemilik dan penyewa akan berpuas hati,\” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum cadangan penambahbaikan pelabuhan kepada Kementerian Pengangkutan, di sini.

Tambah R Jeyenderan, paras air laut di Pelabuhan Kurap, di Klang juga semakin cetek dan ia boleh mewujudkan kesukaran untuk kapal berlabuh.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...