KUALA LUMPUR, 21 Mei– Malaysia diunjur terus mengalami pemulihan berterusan dalam sektor eksport tahun ini.
Menurut Setiausaha Pertubuhan Penganalisis Teknikal Malaysia, Muhammad Azmi Mohd Amin, pemulihan itu seiring permintaan global yang meningkat.
Ini terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik, komoditi serta barangan perkilangan lain.
\”Kita jangkakan jualan semi konduktor akan meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini. Penghasilan minyak dan gas ini kita lihat akan menjadi lebih baik\”, katanya menerusi satu rancangan terbitan RTM.
Eksport negara meningkat 9.1 peratus kepada RM114.72 bilion pada April 2024, setelah mencatat penyusutan dua bulan berturut-turut.
Lebihan dagangan pula dicatatkan bagi bulan ke-48 berturut-turut sejak Mei 2020, berjumlah RM7.7 bilion.
Manakala, bagi empat bulan pertama tahun ini, perdagangan, eksport dan import mencatat nilai tertinggi pernah direkodkan bagi tempoh tersebut.