Home Perniagaan Pembetulan teknikal dorong ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini
Perniagaan

Pembetulan teknikal dorong ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini

KUALA LUMPUR, 7 November – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan berlakunya pembetulan teknikal selepas pergerakan cergas dalam tempoh tiga hari dagangan lepas, kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.6550/6600 berbanding dolar AS daripada paras penutupan dagangan Isnin pada 4.6340/6400.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata hasil AS telah mencetuskan elemen pembetulan kecil daripada pelabur ringgit selepas mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu lepas.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid turut berpendapat kemungkinan terdapat beberapa pembetulan selepas kenaikan ketara semalam.

“Paras sokongan dan halangan semasa untuk dolar AS/ringgit ditetapkan pada RM4.5578 dan RM4.6611. Justeru, ringgit mungkin berlegar sekitar RM4.63 hingga RM4.65 hari ini,” kata beliau.

Sementara itu, nilai mata wang tempatan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7424/7486 daripada 5.7462/7536 pada penutup Isnin tetapi lebih rendah berbanding mata wang utama lain seperti yen Jepun dan euro.

Ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1021/1056 daripada 3.0959/1002 pada penutup semalam dan lemah berbanding euro kepada 4.9850/9904 daripada 4.9806/9871 sebelumnya.

Mata wang tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang Asean lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4430/4470 daripada 3.4341/4388 pada akhir dagangan semalam dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 299.5/300.0 daripada 298.1/298.7.

Begitu juga, nilai ringgit turun susut berbanding baht Thailand kepada 13.0887/1090 daripada 13.0521/0741 pada Isnin dan menyusut berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.32 daripada 8.29/8.30 sebelumnya. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Insentif cukai bantu syarikat pemula tarik pelaburan

FOTO Livevartha & RTMKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Syarikat pemula khususnya bukan teknologi...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Kaedah khusus bantu belia jamin peluang kerjaya

Khairul Muzammil pada sesi temu bual program Selamat Pagi MalaysiaKUALA LUMPUR, 13...

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...