KUALA LUMPUR, 5 April – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggesa pemain industri minyak sawit untuk merebut peluang mengeksport produk \’tokotrienol\’ sawit ke China.
Ini berikutan kelulusan diterima pada 13 Mac lalu untuk membenarkan tokotrienol sawit dieksport dan digunakan dalam aplikasi makanan di China.
Melalui kenyataan, Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, kelulusan itu memberi peluang kepada pemain industri mengukuhkan kedudukan pasaran mereka antara pasaran terbesar dunia.
Kelulusan ini antara hadiah terbaik yang dianugerahkan oleh kerajaan China kepada industri sawit Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Ini melambangkan persahabatan yang kukuh dan berkekalan serta saling menghormati serta bekerjasama.
Kelulusan tersebut menggariskan komitmen dan usaha berterusan sektor minyak sawit Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam mematuhi piawaian kesihatan dan keselamatan antarabangsa.