Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Pelonggaran dasar monetari, ringgit diunjur terus kukuh
Perniagaan

Pelonggaran dasar monetari, ringgit diunjur terus kukuh

Pelonggaran dasar monetari, ringgit diunjur terus kukuh

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Ogos-Ringgit diunjur terus kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong pelonggaran dasar monetari daripada bank pusat utama dan perbezaan kadar faedah positif berterusan.

Ketua Ekonomi Malaysia Rating Corporation Bhd (MARC), Ray Choy berkata, trajektori pengukuhan itu seterusnya menyumbang kepada peningkatan kedudukan ekuiti pelabur asing di Malaysia dan pegangan asing dalam bon kerajaan.

\”Penyumbang utama yang telah menyokong pergerakan ringgit tentunya jangkaan perbezaan dalam kadar faedah.

\”Jadi kami telah pun membuat unjuran mengenainya sehingga tahun depan..seperti yang anda boleh lihat, perbezaan kadar faedah positif diramal kekal berterusan sehingga 2025,\” katanya pada sesi Tinjauan Ekonomi dan Pasaran yang diadakan secara maya.

Jelasnya, penurunan berterusan dalam Indeks Dolar AS turut menyumbang kepada kenaikan ringgit.

Ini menjadikannya unit tempatan itu sebagai mata wang serantau terbaik setakat ini.

Pergerakan mata wang juga bukti asas ekonomi negara yang kukuh, disokong prospek serantau dan domestik yang berdaya tahan.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...