KUALA LUMPUR, 6 November – Malaysia terus memainkan peranan penting dalam rantaian nilai industri semikonduktor global.
Justeru, pelbagai usaha perlu dirangka untuk menarik masuk lebih banyak pelaburan berkualiti dalam bidang tersebut.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata pembangunan industri semikonduktor, selain elektrikal dan elektronik (E&E) turut diberi tumpuan khusus menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
\”Kerajaan menerusi MITI akan memantapkan dasar berkaitan industri (semikonduktor) ini, melihat semikonduktor di luar konteks pelaburan semata-mata,\”katanya ketika berucap pada Forum E&E Kebangsaan 2023 anjuran Majlis Produktiviti Malaysia (MPC), di sini.
Tambah Liew, industri tersebut juga mampu mencipta kesan limpahan melalui penjanaan pekerjaan dan meningkatkan inovasi.