Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Pelarasan gaji penjawat awam imbangi kuasa beli – Penganalisis
Perniagaan

Pelarasan gaji penjawat awam imbangi kuasa beli – Penganalisis

Pelarasan gaji penjawat awam imbangi kuasa beli – Penganalisis

Peningkatan pendapatan penjawat awam sehingga 42.7 peratus dijangka akan mengembalikan dan mengimbangkan semula kuasa beli penjawat awam / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Peningkatan pendapatan penjawat awam sehingga 42.7 peratus dijangka akan mengembalikan dan mengimbangkan semula kuasa beli mereka.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat penjawat awam telah menghadapi penyusutan kuasa beli berikutan kenaikan kos sara hidup dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau menjelaskan peningkatan kadar inflasi pasca pandemik, yang disebabkan oleh kekurangan bekalan untuk memenuhi permintaan, turut menjejaskan kuasa beli.

“Sudah lebih 10 tahun penyelarasan gaji terakhir penjawat awam tidak dilakukan. Sekiranya gaji penjawat awam tidak dinaikkan, kenaikan kadar inflasi dan peningkatan kos sara hidup tetap berlaku.

\”Ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti turun naik nilai pertukaran ringgit, terutama untuk barangan import seperti makanan, serta kos pengangkutan, kos pengeluaran, dan kos bahan api,” katanya ketika dihubungi RTM.

Tambah Dr. Aimi, harga komoditi utama dan bahan mentah turut meningkat saban tahun.

Oleh itu, penyelarasan gaji adalah penting untuk mengelakkan ketidakseimbangan ekonomi dan memastikan gaji penjawat awam selaras dengan harga barangan semasa.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...