Home Perniagaan Pelancaran Batik Air perkukuhkan hubungan Malaysia- Indonesia
Perniagaan

Pelancaran Batik Air perkukuhkan hubungan Malaysia- Indonesia

Pelancaran Batik Air perkukuhkan hubungan Malaysia- Indonesia

Foto RTM

BATAM, 18 Februari– Hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia terus diperkukuh melalui pelancaran penerbangan terus Batik Air menghubungkan Kuala Lumpur ke Batam.

Penerbangan tanpa henti tiga kali seminggu telah mula beroperasi pada 16 Februari 2024.

Penerbangan Kuala Lumpur ke Batam yang mengambil masa selama 1 jam 10 minit itu memudahkan perjalanan penumpang Malaysia dan Indonesia.

Ini juga memberi peluang kepada lapangan terbang kedua-dua negara menjadi hab transit kepada pelancong.

Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Pikri Ilham Kurniansyah optimis, perkongsian strategik ini mampu melonjakkan aktiviti pelancongan.

\”Sasaran pengunjung ke Batam pada tahun ini adalah seramai dua juta orang. Kita usahakan daripada tetangga serumpun dari Malaysia nelalui Batik Air\”, kata Pikri Ilham di sini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar yang menyambut ketibaan pelancong dari Batam di KLIA berkata, laluan baharu ini akan menyokong usaha pihaknya dalam mempromosikan pakej Pelancongan Mesra Muslim kepada pelancong Indonesia.

\”Kita turut melihat penumpang yang akan mengerjakan Umrah menjadikan Malaysia sebagai transit untuk ke Mekah.

\”Ini usaha yang baik dan kita perlu menggunakan peluang ini sebaiknya\”, katanya.

Laluan baharu ini juga dijangka membantu mencapai sasaran pelancong dari Indonesia ke Malaysia seramai 3.6 juta orang, tahun ini.

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...