Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Pelaksanaan dasar gaji progresif ambil kira kemampuan majikan- Rafizi
Perniagaan

Pelaksanaan dasar gaji progresif ambil kira kemampuan majikan- Rafizi

Pelaksanaan dasar gaji progresif ambil kira kemampuan majikan- Rafizi

Rafizi Ramli pada Sesi Townhall bersama Kepimpinan Mahasiswa UiTM cawangan Selangor di UiTM Puncak Alam di sini malam tadi./ Livevartha

KUALA SELANGOR, 10 Januari-Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan mengambil kira kemampuan majikan dan keadaan semasa ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata hal itu disebabkan pelaksanaan dasar berkenaan dibuat secara sukarela serta melibatkan insentif daripada kerajaan.

\”Kita tidak boleh nak mewajibkan sewenang-wenangnya, macam perintah gaji minimum kerana perlu ambil kira juga kemampuan syarikat, majikan dan ekonomi (negara). Majikan terbesar di dalam negaraini sebenarnya ialah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan97 peratus daripada entiti perniagaan negara.

\”Kalau kita wajibkan, mungkin ada majikan yang akan gulung tikar, ada yang akan hilang pekerjaan, kita perlu seimbang. Sebab itu pendekatannya ialah kita mengambil kira kemampuan majikan dan mesti melibatkan insentif daripada kerajaan serta secara sukarela,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Geran di bawah program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Sesi Townhall bersama Kepimpinan Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Selangor di UiTM Puncak Alamdi sini malam tadi.

Tambah Rafizi,kementeriannya dan Kementerian Sumber Manusia hanya memberi fokus kepada gaji sektor swasta, manakala berkaitan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) diuruskan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

\”Dasar Gaji Progresif itu agak berbeza cabarannya, ia bukan semata-mata soal wang tetapi juga bagaimana kita kerajaan mahu yakinkan majikan-majikan supaya bersama-sama menaikkan gaji secara berperingkat.

\”Bagi SSPA, kerajaan kena pastikan bahawa sumber kewangan itu cukup mampandan perkara itu sedang diurus oleh Perdana Menteri,\” katanya.

Terdahulu, Rafizi menerusi kementeriannya menyerahkan geran berjumlah RM6,961,500 kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTMbagi menjalankan dua projek iaitu pelaksanaan pemetaan dan pemantauan program IPRserta penganjurankursus literasi kewangan peserta IPR yang dikendalikan oleh UiTM Cawangan Selangor.

Pelaksanaan pemetaan dan pemantauan program IPR itu ialah bancian kemiskinan yang bertujuan merangka tindakanbersesuaian bagi meningkatkan pendapatan peserta agar melepasi garis kemiskinan yang melibatkan hampir 1,400 ketua isi rumah di empat negeri.

Penganjurankursus literasi kewangan peserta program IPR pula bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan supaya mereka berupaya meneruskan kelangsungan demi menjamin kemampanan aktiviti ekonomi yang diceburi.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...