Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Pelaburan CGS bukti keutuhan perdagangan Malaysia-China
Perniagaan

Pelaburan CGS bukti keutuhan perdagangan Malaysia-China

Pelaburan CGS bukti keutuhan perdagangan Malaysia-China

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 23 April– Operasi dan pelaburan berterusan CGS International Securities Pte Ltd di negara, mencerminkan keutuhan hubungan perdagangan Malaysia-China.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata hubungan itu boleh diperkukuhkan lagi dengan memanfaatkan kelebihan dan peluang kerjasama baharu.

Pada masa hadapan, hubungan Kuala Lumpur-Beijing bergantung kepada penglibatan berterusan dan usaha menggalakkan pembangunan mampan dan kemakmuran.

\”Kami mengharapkan inovasi lebih besar dan akses serantau yang lebih maju memandangkan CGS International merupakan penghubung dan pintu masuk untuk bukan sahaja pelabur China dan antarabangsa yang ingin melabur dan beroperasi di Malaysia.\”

\”Selain itu, pelabur dan syarikat Malaysia boleh mencari peluang yang lebih luas di rantau ini,\” kata Lim kepadap pemberita pada pelancaran penjenamaan semula CGS International Securities Malaysia (CGS MY).

Penjenamaan semula itu susulan pengambilalihan 100 peratus kepentingan dalam CGS-CIMB Securities (Malaysia) oleh China Galaxy Securities (CGS) pada 29 Disember 2023.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...