Friday , 15 November 2024
Home Perniagaan Pelabur pantau pelbagai data ekonomi tempatan minggu depan – Penganalisis
Perniagaan

Pelabur pantau pelbagai data ekonomi tempatan minggu depan – Penganalisis

Pelabur  pantau pelbagai data ekonomi tempatan minggu depan – Penganalisis

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 November – Pelabur pasaran saham akan memantau beberapa data ekonomi tempatan yang akan dikeluarkan minggu depan termasuk Indeks Pengeluar Perkhidmatan bagi suku ketiga 2023 dan Indeks Pengeluaran Perindustrian bagi September, demikian menurut seorang penganalisis.

Ketua penyelidikan Apex Securities Bhd, Kenneth Leong berkata data lain yang akan diumumkan minggu depan adalah perangkaan pembuatan dan perangkaan tenaga kerja bagi September.

Beliau juga berkata dengan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) kekal tidak berubah, pasaran dijangka lebih tenang, sekali gus menyokong Bursa Malaysia secara positif.

\”Selain itu, kita juga melihat dana asing kembali ke pasaran tempatan,\” katanya kepada Bernama.

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah penanda arasnya tidak berubah pada 5.25-5.50 peratus selepas mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan selama dua hari yang berakhir pada Khamis.

Leong berkata para pelabur juga akan memantau keputusan suku tahunan syarikat yang akan dikeluarkan secara berperingkat tidak lama lagi.

Namun begitu, katanya, bursa tempatan berkemungkinan akan lengang pada hujung minggu depan menjelang sambutan perayaan Deepavali.

Beliau menjangkakan petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat ke sekitar paras 1,460 minggu depan.

Sementara itu, naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pelabur masih kekal berwaspada berhubung krisis geopolitik yang berlaku di Timur Tengah ketika ini.

Justeru, katanya, firma penyelidikan itu menjangkakan FBM KLCI akan meneruskan aliran meningkatnya dan diniagakan dalam jajaran 1,440-1,460 minggu depan.

“Dari segi teknikal, FBM KLCI mencatatkan peningkatan pada Jumaat, berjaya melepasi paras rintangan 1,445. Perkembangan ini menunjukkan prospek jangka pendek yang memberangsangkan,” kata Thong.

Beliau berkata paras rintangan seterusnya dikenal pasti pada 1,465, diikuti paras psikologi pada 1,500.

“Jika indeks petunjuk pasaran mampu melepasi garisan rintangan 1,465 dan kekal untuk tempoh yang lebih lama, kami menjangkakan potensi peningkatan tambahan.

\”Sebaliknya, dari segi potensi senario penurunan, kami melihat paras sokongan segera pada 1,430, diikuti pada 1,412,\” katanya.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...