Home Perniagaan PEKEMA sasar bina 400 stesen pengecas EV
Perniagaan

PEKEMA sasar bina 400 stesen pengecas EV

PEKEMA sasar bina 400 stesen pengecas EV

PEKEMA sasar bina 40 unit stesen pengecasan EV menjelang akhir tahun ini.

CYBERJAYA, 21 Ogos- Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menyasar untuk membina 40 unit stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) menjelang akhir tahun ini.

Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, penyediaan stesen pengecasan itu akan disokong pelancaran model EV, Dongfeng BOX Oktober ini.

Jelasnya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri menerusi pasukan petugas khas berkaitan EV telah menetapkan sasaran 400 stesen pengecasan kepada PEKEMA, menjelang 2025.

\”Jadi setiap bilik pameran itu telah ada setiap satu \’charging point\’..kalau 20 syarikat itu sudah ada 20 \’charging point\’.

\”Setiap ahli yang menjual produk Dongfeng ini mereka juga kena \’setup the charging station\’ di bilik pameran masing-masing. Jadi saya berasakan 400 target itu, insya-Allah boleh dicapai,\” katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran model baharu EV tersebut.

Jun lalu, PEKEMA melalui anak syarikatnya Central Auto Distributors Bhd menjalin kerjasama dengan NexV Manufacturing Sdn Bhd untuk menjadikan Malaysia pusat serantau bagi pengeluaran dan pemasangan EV keluaran Dongfeng Motor.

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...