Thursday , 26 December 2024
Home Perniagaan Pasaran sukuk Malaysia terbesar, mendahului Arab Saudi dan Indonesia
Perniagaan

Pasaran sukuk Malaysia terbesar, mendahului Arab Saudi dan Indonesia

Pasaran sukuk Malaysia terbesar, mendahului Arab Saudi dan Indonesia

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin

KUALA LUMPUR, 27 November- Pasaran bon dan sukuk negara berada pada landasan tepat menyokong pembiayaan bertanggungjawab dalam bidang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Setakat Oktober, sejumlah RM 2.2 bilion sukuk perlaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) direkodkan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin memaklumkan pasaran sukuk Malaysia disifatkan yang terbesar merangkumi 35 peratus sukuk global, mendahului Arab Saudi dan Indonesia.

\”Penerapan unsur kemampanan ke dalam pasaran Bon dan Sukuk bukan hanya selari agenda nasional tetapi menyokong daya tahan dan keuntungan. Ini sekaligus mengukuhkan keyakinan pelabur, menarik pelaburan asing dan menggalakkan inovasi,\”katanya.

Beliau menyampaikan ucaptama pada persidangan bon dan sukuk Malaysia anjuran Malaysian Rating Corporation Berhad berlangsung secara maya.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...