Home Perniagaan Pasaran mineral kritikal di Malaysia diunjur meningkat kepada RM3.4 trilion menjelang 2040
Perniagaan

Pasaran mineral kritikal di Malaysia diunjur meningkat kepada RM3.4 trilion menjelang 2040

Pasaran mineral kritikal di Malaysia diunjur meningkat kepada RM3.4 trilion menjelang 2040

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari

KUALA LUMPUR, 29 Ogos-Pasaran mineral kritikal di Malaysia bernilai RM1.4 trilion dan diunjur meningkat kepada RM3.4 trilion menjelang 2040.

Menurut kumpulan teknologi hartanahglobal, Juwai IQI pertumbuhan pasaran akan dipacu permintaan yang meningkat bagi sumber galian, didorong peralihan kepada tenaga hijau.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya,Kashif Ansariberkata, perkembangan tersebut akan memberi manfaat besar kepada Malaysia, memandangkan negara kaya dengansimpanan mineral kritikal.

Sumber mineral negara dianggar bernilai RM4.1 trilion, merangkumi RM745 bilionnadir bumi dan mineral logam mencecah RM1 trilion.

Pekerjaan baharu berpendapatantinggi juga dapat diwujudkan dengan meningkatkan pemprosesan dan pembuatan mineralberkenaan.

Selain itu menyumbang kepada peningkatan pendapatan eksport dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Pasaran hartanah akan turut mendapat limpahan manfaat, dengan permintaan terhadapruang industri dan hartanah di kawasan simpanan mineral dijangka meningkat.

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...