Home Perniagaan Pasaran kenderaan elektrik dijangka terus berkembang tahun depan
Perniagaan

Pasaran kenderaan elektrik dijangka terus berkembang tahun depan

KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Pasaran kenderaan eletrik (EV) dijangka terus berkembang tahun depan dengan lebih banyak perkhidmatan berkaitan mobiliti elektrik ditawarkan.

Timbalan Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan Yinson GreenTech, Srinivas Tati optimis perkembangan tersebut dipacu dasar kerajaan berkaitan pelaburan menyokong pembangunan industri EV.

\”Industri EV semakin berkembang baik dari sudut harga untuk bersaing pasaran kenderaan enjin petrol.

\”Dengan lebih ramai pengguna, peralihan ke EV akan berlaku lebih pantas.

\”Kerajaan juga banyak menyokong usaha di peringkat permula dan ini memberi peluang untuk industri berkembang lebih maju,\” katanya selepas majlis perasmiana kerjasama antara Yinson GreenTech dengan Pos Malaysia Bhd pada Rabu.

Menerusi kerjasama itu, sejumlah 146 van elektrik akan dibekalkan pihaknya tahun ini bagi tujuan logistik komersial Pos Malaysia, merangkumi khidmat pengecasan dan penyelenggaraan.

Pos Malaysia menyasarkan akan menggunakan sepenuhnya kenderaan EV menjelang tahun hadapan.

Ia sebagai langkah mengurangkan jejak karbon, meningkatkan kelestarian alam serta mampu menjimatkan kos pengoperasian.

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...