Sunday , 15 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah teruskan aliran menurun
Perniagaan

Pasaran getah teruskan aliran menurun

KUALA LUMPUR, 6 Oktober– Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran menurunnya hari ini dalam dagangan lengang menjelang pengumuman data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka menentukan pendirian bank pusat negara itu mengenai kadar monetarinya pada masa depan.

Seorang peniaga berkata niaga hadapan getah Jepun dan harga minyak yang rendah di tengah-tengah kebimbangan permintaan juga memberi kesan kepada pasaran.

Jabatan Buruh AS akan mengeluarkan laporan pekerjaan pada lewat malam ini, dengan pasaran menjangkakan pertumbuhan pekerjaan yang sederhana pada September.

Peniaga itu berkata sebarang kejutan peningkatan data akan mencetuskan andaian daya tahan ekonomi berkemungkinan menyebabkan penggubal dasar menaikkan lagi kadar faedah pada tempoh berbaki tahun ini.

Dalam pasaran tempatan, harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) turun sebanyak 2.0 sen kepada 650.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal kekal pada 508.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi getah fizikal SMR 20 berada pada 651.00 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 509.50 sen sekilogram.- Livevartha


(Foto hiasan)

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...