Home Perniagaan Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Perniagaan

Pasaran getah tempatan ditutup tinggi

Pasaran getah tempatan ditutup tinggi

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) / Foto Fail Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran turut didorong oleh jualan kereta di China yang kukuh dan pengeluaran getah asli (NR) yang merosot, seperti dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh penurunan harga minyak mentah,” katanya kepada Bernama.

Katanya niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Isnin dengan yen rendah dan keadaan cuaca buruk di negara pengeluar utama Thailand, bagaimanapun harga minyak yang rendah dan kebimbangan mengenai geopolitik menyelubungi pengguna utama China yang mengehadkan kenaikan.

Menurut DoSM, pengeluaran NR Malaysia merosot 9.2 peratus kepada 26,966 tan pada Mac 2024 berbanding 29,691 tan pada Februari. Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran NR berkurangan 0.8 peratus daripada 27,188 tan pada Mac 2023.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik 5.5 sen kepada 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 1.5 sen kepada 726 sen sekilogram.

Sementara itu, pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...