Home Perniagaan Pasaran getah Malaysia kekal lengang minggu depan
Perniagaan

Pasaran getah Malaysia kekal lengang minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 13 April- Pasaran getah tempatan mungkin kekal lengang pada minggu hadapan berikutan kekurangan petunjuk baharu selepas sambutan Aidilfitri dan di tengah-tengah perayaan Songkran, kata pakar industri.

Pakar industri Denis Low berkata aktiviti pembelian akan terhad kepada penambahan stok yang stabil menjelang minggu akan datang yang dicorak dengan sentimen berhati-hati. Selain itu, situasi geopolitik semasa mendorong harga komoditi tertentu di luar jangkaan tetapi menyekat kenaikan beberapa komoditi lain.

\”Harga minyak dan gas yang tidak menentu adalah isu serius yang boleh menjejaskan perniagaan manakala penurunan dolar US boleh menjejaskan imbangan pembayaran,\” katanya kepada Bernama.

Seorang lagi peniaga berkata komoditi itu akan terus menjejaki prestasi pasaran hadapan getah serantau, kekuatan ringgit berbanding dolar US dan penanda aras harga minyak mentah di tengah-tengah kekurangan getah asli serta jangkaan pengekalan kadar faedah yang lebih tinggi lebih lama.

\”Pengendali pasaran akan terus memantau data ekonomi global ditambah pula dengan ketegangan geopolitik di Timur Tengah,” tambahnya.

Pasaran getah tempatan menunjukkan peningkatan setiap minggu berikutan kebimbangan terhadap kekurangan getah asli global susulan keadaan cuaca buruk di negara pengeluar utama di tengah-tengah prestasi bercampur-campur dalam pasaran hadapan getah serantau.

Dari Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 menokok sebanyak 12.0 sen atau 1.58 peratus kepada 773.50 sen sekilogram berbanding 761.50 sen yang dicatatkan pada minggu sebelum ini, manakala lateks pukal turun 2.0 sen kepada 744.0 sen sekilogram daripada 746.0 sen.

Pada pukul 5.00 petang Jumaat, harga rujukan LGM untuk fizikal SMR 20 berada pada 770 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 744 sen sekilogram.

Pasar getah Kuala Lumpur ditutup dari 9 hingga 11 April 2024, sempena cuti Aidilfitri. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal...