Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi
Perniagaan

Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi

Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 April– Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat mendapat rangsangan daripada kenaikan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang kukuh.

Seorang peniaga berkata ringgit yang lemah berbanding dolar AS juga meningkatkan sentimen pasaran.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Jumaat, didorong oleh harga minyak yang kukuh, namun penurunan mingguan dijangka berlaku di tengah-tengah hasil yang lebih tinggi di rantau pengeluar getah, stok yang besar di negara pengguna utama di China dan permintaan rendah terhadap produk akhir.

\”Harga minyak melonjak hari ini ekoran laporan serangan peluru berpandu Zionis Israel ke atas Iran, mencetuskan kebimbangan bekalan minyak Timur Tengah mungkin terjejas,” kata peniaga itu kepada Bernama.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Standard Malaysia 20 (SMR 20) naik tujuh sen kepada 772 sen sekilogram manakala harga susu getah pukal menokok 2.5 sen kepada 737.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 770.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 732 sen sekilogram. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...