KUALA LUMPUR, 1 April– Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Isnin, menjejaki pergerakan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
Menurut peniaga, harga untuk Getah Mutu Malaysia (GMM 20) adalah lebih tinggi, disokong oleh aliran meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai yang didorong oleh aktiviti pembuatan China yang menggalakkan.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun menyusut, dipengaruhi oleh pasaran ekuiti Jepun yang lebih rendah dan kekukuhan yen.
“Pengendali pasaran dilihat menilai kekurangan getah asli global yang meningkat dengan menjangkaan berlaku kekangan bekalan getah asli akibat cuaca buruk dan musim daun pokok getah luruh.
“Bagaimanapun, kenaikan GMM 20 yang selanjutnya dikekang oleh aliran bercampur-campur dalam penanda aras harga minyak mentah,” katanya kepada Bernama.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk GMM 20 naik 5.5 sen kepada 762.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan dua sen kepada 765.0 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal oleh LGM untuk GMM 20 berada pada 768.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 762.5 sen sekilogram.- Livevartha