Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Pasaran getah Malaysia dijangka menyaksikan dagangan perlahan, lengang minggu depan
Perniagaan

Pasaran getah Malaysia dijangka menyaksikan dagangan perlahan, lengang minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 April – Pasaran getah tempatan mungkin akan menyaksikan dagangan yang perlahan dan lengang minggu depan berikutan keadaan cuaca yang melampau, diburukkan lagi oleh \”musim sejuk\” di kawasan pengeluar getah yang berbeza dan ketidaktentuan bekalan mendorong pasaran berhati-hati, kata pakar industri.

Denis Low menjangkakan kekurangan bekalan dalam beberapa minggu akan datang mungkin menghasilkan aktiviti penyimpanan atau penambahan semula, dan ia menyebabkan harga menjadi tidak menentu.

“Dari segi lain, mungkin permintaan menjadi lengang disebabkan konflik Ukraine dan Timur Tengah,” katanya.

\”Ketidaktentuan ini boleh menyebabkan harga meningkat,\” katanya kepada Bernama.

Seorang peniaga lain berkata harga getah akan terus mengikut prestasi pasaran hadapan getah serantau, kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan penanda aras harga minyak mentah dalam keadaan getah asli yang berkurangan dan jangkaan kadar faedah kekal lebih tinggi dengan lebih lama.

\”Pengendali pasaran akan terus memantau data ekonomi global ditambah pula dengan ketegangan geopolitik di Timur Tengah,\” katanya.

Pasaran getah tempatan jatuh sedikit minggu ini, ditekan oleh kejatuhan harga minyak mentah dan aliran menurun dalam pasaran hadapan getah serantau; ketegangan di Timur Tengah juga mempengaruhi sentimen pasaran.

Sementara itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) optimis permintaan global bagi sarung tangan getah akan pulih pada 2024.

Ia mendapati permintaan dijangka melonjak kepada 450 bilion keping menjelang 2027 walaupun permintaan menurun kepada 307.2 bilion keping pada 2023, didorong oleh peningkatan dalam permintaan di AS, Kesatuan Eropah dan Jepun serta penggunaan sarung tangan yang lebih meluas dalam sektor bukan perubatan selepas COVID-19 di sektor perhotelan, restoran, kafe dan industri semikonduktor.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 turun 1.5 sen, atau 0.2 peratus kepada 772 sen sekilogram daripada 773.50 sen minggu lepas, manakala susu getah pukal turun 6.5 sen kepada 737.5 sen sekilogram daripada 744 sen sebelumnya.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 770.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 732 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...