Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah KL ditutup lebih rendah
Perniagaan

Pasaran getah KL ditutup lebih rendah

Pasaran getah KL ditutup lebih rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini selepas dipengaruhi oleh petunjuk lemah daripada pasaran hadapan getah serantau apabila ringgit mengukuh berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, kebimbangan terhadap prospek ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan China turut menjejaskan sentimen pasaran.

“Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah diimbangi oleh penanda aras harga minyak mentah serta data ekonomi AS yang lebih kukuh, ini merangsang keyakinan bagi pemotongan kadar faedah AS jangka pendek,” katanya kepada Bernama.

Harga Lembaga Getah Malaysia (MRB) untuk SMR 20 turun 4.5 sen kepada 768.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut empat sen kepada 621 sen sekilogram.

Pada pukul 5.00 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 778 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 618 sen sekilogram. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...