Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah diunjur diniaga dalam jajaran kecil minggu depan
Perniagaan

Pasaran getah diunjur diniaga dalam jajaran kecil minggu depan

Pasaran getah diunjur diniaga dalam jajaran kecil minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Mac– Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, dengan kecenderungan tidak berubah kerana ketidaktentuan bekalan dan permintaan akan menjejaskan pasaran, kata seorang peniaga.

Bekas Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia Denis Low berkata keadaan cuaca panas yang berpanjangan di negara pengeluar getah ketika ini menyumbang kepada cabaran pengeluaran komoditi itu.

\”Akibat cuaca yang tidak menentu dan bulan Ramadan, minat dan keterujaan pasaran untuk membeli dan menyimpan stok dilihat berkurangan.

\”Pengeluaran yang rendah disebabkan suhu yang tinggi mungkin dapat mengekalkan harga manakala ancaman penyakit pokok getah mungkin mendorong beberapa aktiviti penyimpanan stok,\” katanya kepada Bernama.

Low berkata landskap global masih berada dalam situasi ketidaktentuan kerana ekonomi cuba bergelut dengan harga minyak dan gas yang turun naik.

\”Perdagangan mata wang yang tidak terkawal boleh menyebabkan turun naik kadar pertukaran yang menjejaskan banyak ekonomi.

\”Oleh itu, harga lateks pukal dilihat turun naik namun cenderung ke arah peningkatan, manakala permintaan untuk getah kering nampaknya tidak berubah,\” katanya.

Bagi minggu dagangan yang singkat, harga SMR 20 menyusut kira-kira 2.94 peratus ketika ditutup minggu lepas, manakala lateks pukal naik kira-kira 0.92 peratus.

Harga SMR 20 ditutup pada RM760.50 sekilogram dan lateks pukal pada RM7.675 sekilogram.

Pada asas mingguan, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 susut 15.5 sen kepada 760.5 sen sekilogram pada Rabu daripada 776.0 sen pada minggu sebelumnya, manakala lateks pukal naik lima sen kepada 767.5 sen sekilogram daripada 762.5 sen sebelumnya.

Pada 5 petang Rabu, harga LGM bagi getah fizikal SMR 20 berada pada 757.0 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 767 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup pada 28 Mac berikutan cuti Nuzul Al-Quran dan Jumaat, 29 Mac untuk Good Friday.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...