Saturday , 7 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup tinggi susulan pemulihan harga minyak mentah
Perniagaan

Pasaran getah ditutup tinggi susulan pemulihan harga minyak mentah

Pasaran getah ditutup tinggi susulan pemulihan harga minyak mentah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkatnya pada Khamis untuk ditutup lebih tinggi sejajar dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata sentimen pasaran didorong oleh pemulihan berterusan harga minyak mentah selain kebimbangan terhadap bekalan getah asli dari negara pengeluar utama.

“Namun begitu, kenaikan selanjutnya pasaran getah dihadkan oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar menjelang pengumuman laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama.

Hari ini, penanda aras harga minyak mentah Brent agak stabil, diniagakan sekitar US$78 setong.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 11 sen kepada 779.5 sen sekilogram manakala lateks pukal naik dua sen kepada 629 sen sekilogram.

Pada pukul 5.00 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 775.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 631 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...