Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup tinggi seiring pasaran serantau lain
Perniagaan

Pasaran getah ditutup tinggi seiring pasaran serantau lain

Pasaran getah ditutup tinggi seiring pasaran serantau lain

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 20 November– Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh pasaran hadapan getah serantau serta kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Beliau berkata pasaran juga bertindak balas positif terhadap langkah rangsangan yang diumumkan oleh kerajaan China untuk menyokong ekonomi.

\”Namun begitu, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh nilai ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS di tengah-tengah jangkaan bahawa pertumbuhan ekonomi global akan perlahan pada 2024,\” kata peniaga itu kepada Bernama.

Harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) menokok 6.5 sen kepada 692.5 sen sekilogram (kg) pada tengah hari, manakala lateks pukal naik dua sen kepada 545.0 sen sekg.

Pada 5.00 petang, harga rujukan LGM bagi getah fizikal SMR 20 ialah pada 693.0 sen sekg dan lateks pukal pada 546.0 sen sekg.-Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...