Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki aliran meningkat getah serantau
Perniagaan

Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki aliran meningkat getah serantau

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini didorong oleh lonjakan harga minyak mentah penanda aras dan aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat lebih tinggi pada Isnin disokong oleh lonjakan harga minyak mentah serta susulan konflik di Timur Tengah, dan pembeli China yang kembali ke pasaran selepas seminggu bercuti.

Peniaga itu berkata sentimen pasaran turut disokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS.

Bagaimanapun, beliau berkata ketidaktentuan politik di Timur Tengah telah mengehadkan minat belian selanjutnya untuk komoditi itu.

Di dalam negara, harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) naik 7.5 sen kepada 658.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal menokok 3.5 sen kepada 513.00 sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi getah fizikal SMR 20 berada pada 654.00 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 516.00 sen sekilogram.- Livevartha

(FOTO HIASAN) 

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...