Friday , 27 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah
Perniagaan

Pasaran getah ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah

Pasaran getah ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang lemah berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

Beliau berkata pembukaan semula pasaran China selepas cuti panjang, ditambah dengan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara itu juga membantu merangsang pasaran tempatan.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh prestasi bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau dan kebimbangan berlarutan terhadap konflik geopolitik yang berterusan di Timur Tengah,” katanya kepada Bernama.

Pada 5.08 petang, penanda aras harga minyak mentah Brent naik 0.83 peratus kepada US$83.65 setong.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Standard Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 1.5 sen kepada 755 sen sekilogram manakala lateks pukal menokok 1.5 sen kepada 718.5 sen sekilogram.

Sementara itu, pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 757.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 719.5 sen sekilogram. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...