Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup tinggi disebabkan kenaikan harga minyak
Perniagaan

Pasaran getah ditutup tinggi disebabkan kenaikan harga minyak

Pasaran getah ditutup tinggi disebabkan kenaikan harga minyak

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Disember– Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan harga penanda aras minyak mentah Brent dan ringgit yang melemah berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen adalah positif disebabkan langkah terbaharu China untuk mengukuhkan pemulihan ekonominya apabila republik itu meningkatkan optimistik terhadap keadaan ekonominya yang menggalakkan pada 2024.

\”Dilaporkan The People\’s Bank of China (PBOC) menyuntik sejumlah 244 bilion yuan (US$34.28 bilion) dalam tunai jangka pendek melalui repo berbalik untuk jangka masa 14 hari buat kali pertama dalam tiga bulan pada Isnin ketika ia meningkatkan usaha untuk memudahkan permintaan mudah tunai akhir tahun yang semakin meningkat,\” katanya.

Tambahan pula, beliau berkata ekonomi China dijangka menyaksikan keadaan yang lebih menggalakkan dan lebih banyak peluang pada 2024, disokong oleh dasar-dasar makroekonomi.

Harga minyak meningkat pada Isnin, dibantu oleh eksport yang lebih rendah dari Rusia dan disebabkan serangan Houthi ke atas kapal-kapal di Laut Merah yang menimbulkan kebimbangan terhadap gangguan dalam bekalan minyak.

Bagaimanapun, beliau menambah kenaikan seterusnya dihadkan oleh prestasi bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) naik tiga sen kepada 674.0 sen sekilogram manakala lateks pukal meningkat 0.5 sen kepada 537.0 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan fizikal bagi SMR 20 berada pada 674.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 537.0 sen sekilogram.​​- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...