Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup tinggi didorong ringgit yang lemah
Perniagaan

Pasaran getah ditutup tinggi didorong ringgit yang lemah

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 16 Oktober-Pasaran getah Malaysia ditutup tinggisedikit, disokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaranserantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata harapan yang semakin meningkat terhadapekonomi China yang semakin stabil,disokong oleh rangsangan berterusan meningkatkan lagi sentimen pasaran.

\”Namun begitu, kenaikanselanjutnya dihadkan oleh ketidaktentuan pasaran akibat konflik di Timur Tengah,\” katanya.

Pada 5 petang, mata wang tempatan itu jatuh kepada 4.7340/7375 berbanding dolar AS 4.7260/7305 ketika ditutup pada Jumaat.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) naik 13.5 sen kepada 695.50 sen sekilogram manakala latekspukal menokok5.0 sen kepada 536.00 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal SMR 20 berada pada 696.00 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 537.00 sen sekilogram.- Livevartha


(Foto: Logo LGM)

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...