Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup rendah seiring prestasi serantau
Perniagaan

Pasaran getah ditutup rendah seiring prestasi serantau

Pasaran getah ditutup rendah seiring prestasi serantau

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Julai– Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan Jumaat dengan lebih rendah, seiring prestasi pasaran hadapan serantau ketika nilai ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Beliau berkata semtimen global terjejas susulan kebimbangan peniaga berkaitan tarif Kesatuan Eropah (EU) ke atas kenderaan elektrik China yang berkuatkuasa lewat hari ini selain dalam senario ketegangan geopolitik berterusan di Timur Tengah.

“Namun, kerugian selanjutnya dapat dikekang oleh kebimbangan berkaitan bekalan getah asli berikutan ramalan cuaca mengenai La Nina dalam persekitaran peningkatan jangkaan pengurangan kadar faedah di AS,\” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, niaga hadapan getah Jepun susut untuk sesi ketiga berturut-turut pada hari ini, diasak oleh tekanan harga getah sintetik dan pengukuhan yen Jepun, katanya.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 susut 8.0 sen kepada 779 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun sebanyak 3.5 sen kepada 679 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi fizikal SMR 20 berada pada 772.5 kilogram manakala susu getah pukal pada 675 sen sekilogram. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...