Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup rendah, jejaki penurunan niaga hadapan serantau
Perniagaan

Pasaran getah ditutup rendah, jejaki penurunan niaga hadapan serantau

Pasaran getah ditutup rendah, jejaki penurunan niaga hadapan serantau

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Jun– Pasaran getah Kuala Lumpur menyusut pada Selasa susulan penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, disebabkan aktiviti pengambilan untung, kata seorang peniaga.

Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kemeorosotan pengeluaran getah asli tempatan dalam persekitaran bekalan getah yang terhad, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata peniaga pasaran sentiasa memantau dengan teliti data ekonomi AS yang penting dan hasil mesyuarat dasar monetari AS minggu ini.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) turun 9.5 sen kepada 850 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 2 sen kepada 798 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan bagi fizikal SMR 20 berada pada 843 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 796.50 sen sekilogram. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...