Monday , 18 November 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup rendah berikutan aliran menurun serantau
Perniagaan

Pasaran getah ditutup rendah berikutan aliran menurun serantau

Pasaran getah ditutup rendah berikutan aliran menurun serantau

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau apabila ketegangan konflik di Asia Barat menjejaskan sentimen pasaran / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 16 April – Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau apabila ketegangan konflik di Asia Barat menjejaskan sentimen pasaran, kata peniaga.

Peniaga berkata niaga hadapan getah Jepun mengalami penurunan bagi sesi kelima pada Selasa berikutan data pengeluaran perindustrian dan jualan runcit pengguna utama iaitu China yang lebih lemah berbanding jangkaan menjejaskan sentimen pelabur walaupun harga minyak mentah lebih tinggi dan yen yang lebih rendah mengehadkan penurunan.

Beliau berkata walau bagaimanapun, penurunan selanjutnya telah dihadkan oleh data ekonomi yang kukuh dari China dan kenaikan harga minyak mentah penanda aras Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, penyusutan ringgit berbanding dolar AS turut membantu mengurangkan penurunan selanjutnya.

“Harga minyak mentah meningkat pada Selasa dalam situasi ketegangan di Asia Barat selepas Israel menyatakan negaranya akan bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron Iran pada hujung minggu susulan gesaan sekatan oleh sekutu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ekonomi China berkembang lebih baik daripada jangkaan pada suku pertama 2024, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 5.3 peratus tahun ke tahun apabila langkah rangsangan kerajaan yang berterusan membantu peningkatan aktiviti perniagaan, manakala cuti kebangsaan menggalakkan perbelanjaan pengguna. .

Jualan runcit AS melepasi jangkaan dengan peningkatan ketara 0.7 peratus pada Mac, didorong lonjakan penerimaan peruncit dalam talian.

Perkembangan itu menjadi bukti tambahan bahawa ekonomi mengakhiri suku pertama pada kedudukan yang kukuh dan stabil.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 turun 4.0 sen kepada 769.00 sen sekilogram manakala harga susu getah pukal kurang 3.0 sen kepada 739.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 767.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 737.50 sen sekilogram.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...