Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup rendah, ambil petunjuk prestasi lemah pasaran serantau
Perniagaan

Pasaran getah ditutup rendah, ambil petunjuk prestasi lemah pasaran serantau

Pasaran getah ditutup rendah, ambil petunjuk prestasi lemah pasaran serantau

Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan trend penurunan untuk ditutup rendah hari ini yang disebabkan mengambil petunjuk prestasi lemah daripada pasaran hadapan getah serantau ditambah dengan harga minyak yang lebih rendah / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 April – Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan trend penurunan untuk ditutup rendah hari ini yang disebabkan mengambil petunjuk prestasi lemah daripada pasaran hadapan getah serantau ditambah dengan harga minyak yang lebih rendah, kata seorang peniaga.

Selain itu katanya, sentimen pasaran terjejas oleh jangkaan yang semakin berkurangan untuk menyaksikan pemotongan kadar faedah yang lebih awal di Amerika Syarikat (AS).

Peniaga itu berkata niaga hadapan getah Jepun susut pada Rabu di tengah-tengah harga minyak yang sedikit lebih rendah, walaupun pertumbuhan dalam pengeluaran kereta mengehadkan kerugian.

Beliau menyatakan harga minyak merosot sedikit pada Rabu di tengah-tengah peningkatan inventori minyak mentah AS yang menandakan pasaran yang kurang terhad.

Namun begitu, beliau berkata kejatuhan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih rendah berbanding dolar AS dan langkah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi global yang stabil pada 2024.

Beliau juga menyatakan Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell tidak memberikan sebarang panduan tentang bila kadar faedah boleh dipotong, sebaliknya berkata bahawa dasar monetari perlu terhad lebih lama di tengah-tengah inflasi yang berterusan.

IMF mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar global sebanyak 3.2 peratus untuk 2024 dan 2025, kadar yang sama seperti pada 2023.

Unjuran 2024 telah disemak naik sebanyak 0.1 mata peratusan daripada Kemas Kini Tinjauan Ekonomi Dunia Januari 2024, sebahagian besarnya disebabkan oleh semakan menaik yang ketara dalam tinjauan ekonomi AS.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) turun dua sen kepada 765.5 sen sekilogram manakala harga susu getah pukal turun satu sen kepada 736.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 766.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 735 sen sekilogram.-Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...